BIODATA PEMILIK SYARIKAT
Berasal dari Besut, Terengganu dan berusia 31 tahun. Beliau berkelulusan Diploma Perikanan, Bacelor Sains (Kepujian) Biologi dan Master Sains daripada Universiti Putra Malaysia. Merupakan Konsultan Bebas dalam bidang akuakultur khasnya ternakan lintah, belut, keli, cacing, baby lobster dan udang harimau sebelum beliau menubuhkan Meliza Bio Agro Resources. Selain itu, beliau memiliki dua lagi syarikat iaitu Meliza Enterprise yang beroperasi di Seri Kembangan, Selangor dan Kami Catering & Events di Lumut, Perak.
Merupakan pencetus idea kearah usaha sama dengan pihak dari Indonesia dalam memindahkan teknologi ternakan dan pembenihan belut ke Malaysia.

Nama : NOOR ELLEYZA ARIFFIN
Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif